Assalamualaikum..

Saya ada banyak benda nak citer kat blog.. Tapi  everytime on laptop jer.. Aiza nangis. Tak tahu lah naper. Haihhh… Ni pun menaip, sambil riba Aiza kat peha.. huhu.

Jadi update ringkas jer lah. Nak review pasal spray mop.  Mop ni special tau. Very the easy nak guna. Have to story.. [Kelasss english ko jilah]

Spray mop ni,  saya  somi yang belikan. Beli kat Lazada.

Spray mop

Spray mop

Harga kat atas ni RM45 kan? Masa somi beli, ada flash sale kat Lazada, dapat harga RM38. Kos postage RM1.70. Total RM39.70. Giler murah kos postage dia kan? Padahal hantar guna Gdex. Tataw lar cemana dia kira. Tak kisah pun..janji murah. Hehehe

Best oi mop ni..senang sangat nak mop rumah. Kalau guna mop biasa tu..Leceh nak kena perah2..pastu nak kena tolak baldi kehulu kehilir. Pastu baldi isi air mop tu pulak berat. Saya kan czer, masa pantang mak saya dah warning ” Ko jangan ngengada nak mop rumah. Terburai isi perut tu kang. Tunggu 6 bulan kalau nk mengemop”

Pastu..takkan rumah tak bermop 6 bulan?? Euuuwww..geli nak pijak lantai rumah sendiri kang. Suami pulak sibuk, tak ada masa nak mop rumah. Solution.. somi belikan spray mop ni. Ringan dan amat mudah nak guna. Mop sambil dukung Aiza pun boleh..

Mop ni ada botol air kat batang mop tu. Sebelum mengemop, isi air dengan sedikit pencuci lantai kat dalam botol tu. Masa mengemop,   just tekan ‘handle’ kat bahagian pemegang, maka tersembur lar air kat bahagian bawah mop. Pastu mop lah. Paham dop?

Kalau tak paham, leh tengok video bawah ni:

Sangat senang kan? Memang praktikal betul. Kalau tengah mengemop tu, tetiba Aiza nangis.. leh tinggal gitu jer mop tu. Tak yah nak kemas dulu.  Boleh terus dukung Aiza, sebab tangan pun tak kotor pegang spray mop ni. Kalau guna mop biasa, tak leh tinggal gitu jer..kang Adam main mop takpun air mop tu.. kotor, pastu habis basah lecah satu rumah. Tapi kalau spray mop ni.. kalau Adam buat main pun, ai is ok.. hehehe

Adam main mop

Adam main mop

Spray mop ni, kalau nak mop bawah meja pun senang, tak yah nak tunduk-tunduk sangat. Baringkan jer mop tu. Leh pusing kesana kemari batang mop tu tau.

0d8e3817-7cdc-4899-9f51-6922ac8030c5

Mop bawah meja

Nak mop kat tempat sempit bawah kabinet pun boleh..tapi mop sikit jer lah..

Mop tempat sempit bawah kabinet

Mop tempat sempit bawah kabinet

Memang membantu sangat lar mop ni. Suka sangat mop yang memudahkan kerja macam ni. Kain mop tu pulak, lepas mengemop,  boleh basuh masuk mesin. Tak yah nak cuci-cuci manual macam mop biasa tu kan..letih!!

Saya memang rekomen sangat-sangat lar spray mop ni tau. Zila kasi 5 bintang!!

Saya tak jual tau mop ni. Kalau korang nak beli, try search spray mop kat Lazada tu. Tapi tak sure ada lagi ke tak offer untuk spray mop ni kat Lazada tu.

Ha..tu jer lah nak citer. Bye…

p/s: Jom like page saya ni: