Stok Lauk

 

Empty Fridge

Empty Fridge

*Disclaimer: Gambar di atas bukanlah gambar peti ais display kat kedai elektrik atau gambar peti ais baru beli. Tapi ia adalah gambar fridge seorang suri rumah.

Pernah tak fridge korang kehabisan lauk, sampai satu apa pun tak tinggal. Saya, pernah. Tu..gambar kat atas tu. Peti sejuk umah saya lah tu, kehabisan lauk. Hahahaha. Sampai kosong lar bahagian fridge, apa pun takder. πŸ˜›

Saya beli barang dapur, bahan-bahan masak ni biasanya seminggu sekali. Walaupun saya suri rumah, tapi tidaklah saya rajin nak pergi kedai runcit hari-hari. Mana ada kedai runcit kat kawasan rumah saya ni. Nak tak nak , memang kena pergi pasaraya. Kalau tak gi Giant kat Mines tu, saya shopping barang dapur kat Pasaraya Segi. Biasanya kat Segi lah. Kat Segi ni, harga barang dia lebih kurang Giant jer. Bezanya, lauk-pauk ngan sayur mayur kat Segi ni lebih banyak pilihan kalau dibandingkan ngan Giant. Tapi, kalau beli banyak, beli borong, harga kat Segi memang murah. Sebab dia jual murah untuk pemborong.

Walaupun time pergi Giant /Segi ni, saya pergi ngan En Suami, tapi time pilih barang, saya pilih sorang-sorang sebab En Suami sibuk kejar Adam yang lari sana sini. Serius, Adam memang tataw diam. Lari sana sini, amik barang itu ini, sepah- sepah. Grrr. Adam tak mo masuk dalam troli tuh. Dia nak tolak troli, sambil berangan shopping barang. So, sambil tolak troli, dia amik barang campak masuk troli. If tak boleh masukkan dalam troli, Adams epahkan barang-barang kat lantai pulak. Haih..Β Nowadays, En Suami prefer tunggu dalam kereta jer ngan Adam. Itulah cara terbaik supaya kami laki bini tidak menjadi naga hijau kejar budak kecik dalam pasaraya.

Bila dah shopping barang dapur, balik rumah, bersihkan/siang lauk (ayam/ikan/sotong/udang) siap-siap sebelum simpan dalam fridge. Nanti nak masak, senang. Lauk-lauk tu semua dah siang, dah dibersihkan, tinggal masak jer.Β Simpan lauk pauk tu dalam bekas, pastu susun molek-molek.

Kalau ayam, saya asingkan bahagian daging ngan tulang dalam bekas berasingan. Senang sikit time defrost nanti. If nak masak ayam goreng kunyit/paprik, just keluarkan bekas isi ayam bahagian daging. If nak masak tomyam/sup, keluarkan bekas yang isi ayam bahagian tulang-tulang pulak. Untuk goreng pun biasanya saya simpan asing siap-siap.

Kalau saya beli ikan banyak, saya bahagi ikut berapa banyak sekali masak. Satu bekas untuk sekali masak. So tak perlu nak defrost semua ikan kalau setakat nak masak separuh jer. Hehe. Daging and lauk lain pun macam tu jugak. Satu bekas untuk sekali masak.

Rupa fridge bila diisi lauk.

Full Fridge

Almost Full Fridge

Bekas biru tu dalamnya ayam dan sotong, bukan eskrem ya. Hehehe. Kat atas tu kosong sebab bahagian atas biasanya saya letak nugget/sosej/aiskrim. πŸ™‚

Macam tu lar kekdah say simpan stok lauk. Kalau rajin beli barang basah kat kedai hari-hari, tak perlu buat stok macam ni kan. Lauk pun lebih fresh. Untuk stok banyak ni, biasanya bertahan sampai 5-6 hari. Bila habis, maka kosong kembalilah peti ais kami macam gambar first tu. He he he.