Masa umur Adam 1 tahun 9 bulan, saya start bagi Adam susu formula. Mula-mula Adam minum Susu Kambing Nina Kameng, lepas tu tukar Susu Kambing Wildan. Ada saya citer dalam blog ni sebelum ni. Boleh baca kat sini..dan sini. Adam minum Susu kambing Wildan tu, rasanya dalam 3 bulan jer kot:)

Now, Adam dah tak minum susu kambing Wildan atau susu formula lain. Adam sekarang minum susu segar Farm Fresh perisa coklat. Perisa plain memang dia tak mo. Haih.. penat pujuk, tak mo jugak. Coklat pun coklat lah, janji dia minum susu.

Susu yang Adam minum sekarang

Susu yang Adam minum sekarang

Tapi, perlu diingat yer.. susu segar TIDAK BOLEH diberi pada bayi umur kurang dari setahun. Sebab takut sistem penghadaman bayi belum cukup kuat untuk proses susu segar. Saya bagi Adam susu segar ni pun masa umur dia 2 tahun lebih.

Kenapa bagi susu segar? Bukan susu formula? Sebenarnya, khasiat dalam susu segar lebih banyak dari susu formula. Sebab, susu ni asalnya dalam bentuk cecair kan. Semasa proses nak tukarkan susu ni dari bentuk cecair ke bentuk serbuk, banyak khasiat yang hilang tau.  Saya nak explain pasal proses ni semua, tak pandai. Korang leh buat research..google atau tanya pendapat pakar. Saya tahu ni pun..sebab teringat Cikgu Biologi dan Kimia masa sekolah menengah dulu ada mentioned pasal benda nih.

Lagipun, lebih senang bagi susu segar kat Adam.. Tak yah bancuh-bancuh.. tuang jer terus dalam botol susu. Sedia diminum!

Kenapa pilih susu segar Farm Fresh?

1. Local brand. Ladang dan kilang Farm Fresh ni kat Johor. Farm Fresh ni akan hantar susu-susu diorang ke pasaraya dalam masa 48 jam setelah ia diperah. Kalau susu segar yg import, sebelum sampai Malaysia, biasanya dia akan tukar dalam bentuk serbuk dulu.  Kat Malaysia baru diproses balik jadi liquid. Dah berapa banyak proses dah tu..berapa banyak khasiat yang hilang? Segar kah lagi?

2. Tiada pengawet, pewarna dan penstabil makanan. Oleh sebab tak ada penstabil makanan, susu Farm Fresh yang perisa coklat,  coklat tu dok belah bawah botol. Kena goncang dulu sebelum tuang. Tak ada masalah. Boleh mommy ngan daddy senam lengan sikit.

3. Halal. Ada sijil halal Jakim yer. Jangan risau.

 

Susu Segar Farm Fresh

Susu Segar Farm Fresh

Kalau korang nak tahu lebih banyak pasal brand ni, boleh visit page fb Farm Fresh. 

Susu keluaran Farm Fresh ni ada kat pasaraya besar jer tau, contoh Giant, Tesco, Jusco, Cold Storage. Kalau nak beli, pergi kat bahagian Chiller tau, yang ada keju, mentega tu.. bukan bahagian susu tepung/ susu kotak. Kat kedai runcit atau Seven Eleven, 99 speedmart atau stesen minyak, tak ada susu ni yer. Harga susu segar Farm Fresh perisa coklat ni dalam Rm7.00 satu botol. Berbeza ikut pasaraya. Harga kat Giant ngan Tesco murah sikit, RM6.90. Kalau kat Jusco RM7.20. Cold Storage lagi mahal kot? Tak sure sebab tak pernah beli susu ni kat Cold Storage. Hehehe.

Biasanya, sekali beli, saya beli 3 botol terus. Cukup stok untuk seminggu. Mana leh beli banyak-banyak, susu ni susu segar, tak ada bahan pengawet kan.. beli banyak-banyak kang, lom sempat bukak, dah expired pulak. Jadi kena lar rajin top up susu Adam seminggu sekali.

Tapi..kadang-kadang, stok susu Farm Fresh ni habis tau kat pasaraya. Laju jer orang beli. Sobs!!   Bila habis, saya belikan lar Adam susu Dutch Lady yang kid tu ha.. Susu kotak kecik , perisa coklat. Susu Dutch Lady ni pun saya buat stok kat rumah. Sebab, kadang-kadang Adam minum banyak tau susu Farm Fresh tu, lom cukup seminggu dah habis 3 botol. Sementara nak beli baru, bagi jer dia minum susu Dutch Lady tuh.

Stok susu Adam

Stok susu Adam

 

Paling penting, Adam suka tak susu segar Farm Fresh ni? Jawapannya..suka sangat-sangat!

Adam kemain suka minum susu nih

Adam kemain suka minum susu nih