Assalamualaikum..

Dah lama sangat tak update blog. Last update bulan 8 tahun lepas. Ntah lah..Tak ada mood nak blogging.. huhuhu. Tapi, bila fikir balik, rasa rugi pulak sebab blog ni dah macam jurnal saya. Segala macam cerita saya kongsi kat blog. Jadi bila saya berhenti blogging, cerita tu semua saya akan lupa dan lama-lama hilang macam tu jer. Contohnya tahun ni, Aiza start tadika. Tapi saya tak share pun kat blog. Lagi 10 tahun belum tentu saya ingat kenangan Aiza masuk tadika kan.

Jadi, sementara saya masih ingat, baiklah saya share memori Aiza start tadika tahun ni. Aiza lahir 30 September 2015. 1 Januari 2020, umur dia baru 4 tahun 3 bulan. Tapi kalau ikut tahun, tahun 2020 ni umur dia 5 tahun, jadi memang dah boleh dah hantar dia masuk tadika.

Kami masukkan Aiza ke tadika KEMAS jer. Sebabnya tadika KEMAS tu dekat sangat dengan rumah. Selain KEMAS, tadika PERMATA dan tadika PERPADUAN pun dekat jugak dengan rumah kami. Tapi kami pilih tadika KEMAS untuk Aiza. Adam pulak, tahun 2020 ni, dia darjah 2. Masih bersekolah di sekolah yang sama. Pun..dekat sangat dengan rumah. Syukur sangat. Tak susah saya nak hantar dan ambil budak-budak ni pergi dan balik sekolah.

1 Januari 2020. Hari pertama Aiza masuk tadika, Adam start darjah 2

Sebelum Aiza tu start tadika, saya kerisauan sebab Aiza ni jenis yang takut dengan orang dan tak pernah pisah dengan saya. 24 jam dok berkepit jer dengan mommy. Sebabnya masa Adam start tadika dulu, seminggu dia nangis kat tadika dia. Risau Aiza tu lagi teruk jer. Huhuhu

Tak sangka masa hari pertama tadika tu, Aiza langsung tak menangis. Bangun pagi, mandi, sarapan, hantar ke tadika..dia ok jer. Excited. Masa hantar dia masuk kelas, cikgu kelas dia pujuk dia, peluk-peluk dia, terus elok dia duduk atas kerusi lepas tu main dengan kawan. Saya pulak yang berat hati nak tinggalkan dia kat tadika. Sejam jugak saya dan suami tunggu luar tadika. Aiza memang tak nangis langsung! memang di luar jangkaan.

Tapi… hari pertama jer dia ok. Hari kedua dan seterusnya, Aiza dah start buat perangai tak nak pergi sekolah. Haiihhh.. Agaknya masa 1st day tu dia ingat pergi tadika tu kejap jer kot, pastu maybe dia ingat kat tadika tu main jer kot… Bila dia dah tahu kat tadika tak boleh main jer.. pastu dari pagi sampai tengah hari kena duduk kat tadika, terus dia tak nak pergi tadika lagi.

Ni masa daddy hantar, second week tadika. Meraung tak nak masuk kelas.

Maka bermulalah episod saya kena berperang dengan Aiza setiap pagi sebab nk pujuk dia pergi tadika. Waktu pagi memang saya kelam kabut sikit. Nak kena sediakan sarapan dan bekal untuk Adam, siapkan Adam tu ke sekolah, nak layan amukan Aiza tak nak pergi sekolah .. Pastu nak kena hantar budak budak tu ke sekolah lagi… Semua ni saya kena hadap sorang-sorang sebab suami saya sekarang kat Perak, kerja kat sana. Dari bulan 11 tahun lepas lagi kami dah PJJ. Setiap pagi memang huru hara betul. huhuhu.

Untuk elakkan Adam tu lambat ke sekolah, saya settlekan Adam tu dulu baru boleh layan drama Aiza. Setiap pagi lepas Adam tu dah siap mandi, bersiap, makan sarapan, baru saya kejutkan Aiza tu bangun tidur. Pastu terus angkut Aiza tu naik kereta, hantar Adam ke sekolah. Lepas tu balik semula ke rumah, mandikan Aiza, siapkan dia, bagi dia makan sarapan, dan keluar rumah sekali lagi untuk hantar Aiza tu pulak ke sekolah.

Sampai tadika, Aiza bukan nak terus masuk kelas. Tak.. dia ada drama dia jugak. Masa bulan Januari dulu, start bangun tidur dia dah menangis tak nak pergi tadika. Sampai tadika pun nangis lagi. Meraung bila hantar dia ke kelas.

Bila masuk bulan Febuari, dia dah tak nangis dah bila bangun tidur. Bangun tidur, mandi, bersiap, pergi tadika tu semua ok jer. Tapi sampai jer pagar sekolah, dia akan start nangis tak nak masuk kelas. Kadang tu dia siap duduk atas jalan lagi. Bila didukung, dia tak nak lepas. Kadang tu siap bergayut kat kaki saya macam koala tak bagi saya balik. Jadi, tiap tiap hari lah cikgu dia kena dukung dia masuk kelas.. Cikgu dia kata, depan mommy jer dia nangis. Bila mommy balik, elok jer dia diam, terus main ngan kawan. Haih..Drama jer lebih Aiza tu tau.

Muka cebik, sedih tak nak masuk kelas.

Masuk bulan Mac ni, dia ok sikit. Tak nangis dah. Cuma mata dia tetap berair la. Pastu tak nak jalan sendiri masuk ke kelas. Kalau saya dukung, dia akan peluk tak nak lepas. Jadi cikgu dia tetap kena dukung atau pimpin tangan dia masuk kelas. Haih… tapi at least ada la perubahan. Hopefully, lama-lama nanti dia ok la pergi tadika.

Kemain happy tiap kali balik tadika

Waktu pagi masa anak-anak sekolah, saya settlekan la kerja kerja rumah.. Mengemas, basuh baju, memasak tu semua.. Tengah hari ambil anak-anak balik sekolah. Pastu bagi anak-anak makan. Lepas tu barulah saya boleh relax sekejap sambil layan cerita korea kat laptop. Tu pun kadang saya kepenatan, saya tidur petang sekali dengan anak-anak.

Bangun tidur petang, bagi anak-anak makan petang pulak. Pukul 6 petang , hantar Adam mengaji pulak. Aiza saya tak hantar pergi kelas mengaji lagi. Tahun depan atau umur Aiza tu 7 tahun kot baru hantar dia kelas mengaji. Lagipun kat tadika pun ada kelas mengaji juga.

Waktu petang hantar Adam pergi mengaji

Lepas hantar Adam mengaji, saya masak makan malam pulak. Lepas maghrib, ambil Adam, balik rumah, layan anak-anak makan malam.. Dah settle makan, kemas dapur semua.. kena lipat kain baju pulak.. Kadang tu waktu malam kalau dh penat sangat, kain baju tu saya tangguh jer lipat esoknya. Tu la rutin harian saya lebih kurang.

Uruskan anak sambil uruskan kerja-kerja rumah sorang-sorang tanpa suami memang penat. Rasa letih sangat. Serius, rasa letih kadang tu rasa macam nak collapse jer. Tapi at least suami saya balik setiap hujung minggu. Jadi dapat la saya rehat sikit bila suami tolong uruskan anak-anak.

Saya kagum dan respect sangat dengan ibu-ibu tunggal yang uruskan semua benda seorang diri. Betapa kuat, tabah dan sabarnya diorang ni. Segala beban, penat lelah kena tanggung sendiri. Semoga besar ganjaran dan pahala untuk semua ibu-ibu tunggal yang besarkan anak-anak seorang diri.