Assalamualaikum..

Korang tahu kan.. saya dah sarat mengandung 9 bulan. Senang cerita, dah tunggu hari jer. Tapi, saya tak tahu lagi nak bersalin kat mana…

Plan asal, nak bersalin kat Hospital Columbia Asia.. tapi kos dia.. pergh!! Bersalin normal pun kena standby Rm5K.. kalau tiba-tiba kena operate czer, memang mencanak-canak mahal lah. 8K – 10K!!

Then, tukar ke Hospital Az Zahrah Bangi pulak.. Kos berslain normal, kalau amik yang pakej, starts form RM1699.00. Tapi ni tak termasuk epidural ngan induce lah. Pastu bilik 4 orang. Kalau tukar bilik, pastu amik epidural, kena tambah duit.. Still consider murah, berbanding Columbia Asia tu. TAPI, kalau emergency czer, kos dia lebih kurang sama jer ngan Columbia Asia, around 8K – 10K. Mak aih…!

Kenapa saya risau sangat dengan kos czer? Macam confirm jer nak bersalin czer? Sbb uri saya kat bawak. PP type 1.  Kalau ada apa-apa yang tak kena, memang akan operate terus!

Setelah berbincang panjang dengan somi, takperlah, saya mengalah. Bersalin kat hospital kerajaan jer lah. Duit yang ada, simpan! Sekarang zaman kegawatan, better save duit siap-siap. Makanya, saya plan bersalin kat Hospital Serdang jer lah.

Khamis minggu lepas, jumpa O&G kat hospital Serdang, dia kata uri saya dah naik dah. Alhamdullillah. Tapi, saya tak berapa yakin, sebab doktor tu scan laju-laju jer. Patient ramai kan..takder lah dia nak scan lama-lama kan.. Scan ngan doktor hospital lain, kata uri kat bawah. Scan ngan doktor hospital sini, uri kat atas pulak. Haih.. So, saya still was-was.

Tapi, hal uri ni tak berapa merisaukan saya. Yang saya risau, doktor beritahu, labor room Hospital Serdang tengah renovate. So, labor room yang ada sekarang, temporary room. Sangat tak selesa. banyak kemudahan tak ada. Better cari hospital lain. Cadangan: Hospital Kajang.

Alamak aihhh…. Rumah saya dengan Hospital Kajang tu, agak jauh. Then.. nak kesana, biasanya jem. Larat ke saya nak duduk lama-lama dalam keta time sakit nak beranak tu. Pastu, semua patient ibu mengandung Hospital Serdang tolak ke Hospital Kajang, tak overcrowded kah??? Confirm overcrowded lar kan…

Hospital Kajang tu kecik jer weh.. Waktu biasa pun selalu penuh, lagi lah kalau ditambah kes dari Hospital Serdang pulak.. Ni ada pulak yang beranak kat luar wad pulak.. Eh.. jangan kata takder yer? Makcik saya bersalinkan anak dia, kat luar labor room tau. Sebab labor room penuh. Dia bersalin kat hospital kerajaan lah.

Lagipun, saya kesian kat suami nanti kena berulang alik gi hospital hari-hari.. Kalau boleh, tak nak lar jauh-jauh sangat.

Bila dah last minit baru tahu pasal hal ni. Kitorang laki bini blur, tataw nak pegi hospital mana lagi. Another option, PPUKM. Before ke sana, saya call dulu, terima tak kes ibu mengandung yang dah 37 minggu. Saya cerita lar masalah saya..then nurse yang jawab phone tu kata, try jer datang O&G, bawak referral letter. Nak ke sana, memang kena ada referral letter yer. Tak kisah referral letter dari KK Kerajaan atau klinik swasta.

So, saya pun pergi lar PPUKM hari Jumaat minggu lepas, bawak referral letter. Terkejut nurse kat sana, sebab saya dah 37 minggu baru nak register. Ikut polisi hospital, diorang reject. Sebab dah terlalu lewat. Diorang kata, paling lewat, usia kandungan 7 bulan. Kalau dah 9 bulan macam saya ni, memang tak boleh. Again..saya explain masalah saya. Saya bukan sengaja nak daftar lewat, tapi saya pun tahu baru tahu yang labor room Hospital Serdang tu tengah direnovate. Kalau dari awal saya tahu nak jadi macam ni, awal-awal lagi saya dah gi register kat PPUKM tu.. huhuhuhu

Ikutkan, nurse kat PPUKM tu memang tak nak dah ambil kes saya. Tapi agaknya kesian dengan saya, dia suruh datang lagi Selasa minggu depan, tengok doktor kata apa.. Haih.. harapnya, doktor PPUKM terima lar saya beranak kat situ.

Serius, saya dah tak tahu nak bersalin kat mana..