Assalamualakum,

Sabtu lepas, kami laki bini melancarkan operasi menghias bilik Adam. Hehehe. Dah lamaaaaaa sangat saya berangan nak hias bilik Adam, tercapai jugak akhirnya. Mih mih mih.

Ni keadaan bilik Adam sebelum dihias

Rupa bilik sebelum hias

Rupa bilik sebelum hias

Suram, muram jer rupa bilik ni. Jangan kata Adam, saya pun nyampah nak dok dalam bilik ni. Cat bilik ni dah buruk sangat. Sejak pindah masuk memang tak pernah cat pun bilik ni. Oleh sebab  malas nak mengecat, maka saya bagitahu suami, tampal wallpaper jer lah. Wallpaper untuk bilik Adam saya beli kat Kaison. Ada saya cerita kat sini.

Design wallpaper simple untuk bilik Adam

Corak wallpaper simple untuk bilik Adam

So, sesi menampal wallpaper pun bermula. Masa mula tampal wallpaper memang rasa susah. Maklumlah, pertama kali pasang wallpaper, tak ada pengalaman. Bila dah masuk kepingan kedua, dah tahu apa kena buat, sekejap jer siap.

Saya nak share sikit tips pasang wallpaper:

1. Bersihkan permukaan dinding dari habuk atau kotoran.

2. Ukur ketiggian dinding . Pastu, bentangkan wallpaper, potong wallpaper ikut ketinggian dinding, TAPI  lebihkan 4-5cm. Biar lebih, jangan kurang.  Kalau terlebih, boleh potong jer kat bawah lepas pasang. Kalau terkurang, kan ke dah leceh nak tampal lain. Potong banyak siap-siap.

Tinggi dinding bilik Adam 276cm. Saya potong wallpaper tu 280cm

Tinggi dinding bilik Adam 276cm. Saya potong wallpaper tu 280cm

Potong wallpaper banyak siap-siap

Potong wallpaper banyak siap-siap

3. Masa nak tampal, jangan bukak habis sticker wallpaper. Bukak sikit-sikit. Kiranya, sambil tampal, sambil tarik kertas sticker tu sikit sikit. Sebabnya, kalau bukak banyak, atau bukak habis, korang lom siap tampal belah atas, yang belah bawah dah melekat kat dinding . Ni lar masalah kitorang masa mula-mula tampal wallpaper. Dah asyik bukak cabut-bukak cabut jer masa pasang wallpaper tu. Memang leceh!

4. Start tampal dari bahagian atas dinding. Bukan dari belah bawah pulak. Kena bagitahu ni. Kang ada yang ingat boleh start dari bawah pulak. Huhuhu’

Tampal wallpaper bermula dari atas

Tampal wallpaper bermula dari atas

5. Kerja menampal wallpaper lebih mudah dilakukan 2 orang. Masa sorang start tampal belah atas, sorang lagi pegang wallpaper belah bawah supaya tidak senget dan lari-lari.

Kitorang laki bini start tampal wallpaper  pukul 1, around 5 baru siap kot. Lama kan.. tapi sebab kitorang buat kerja ni, berenti-berenti. Berenti solat lah, suap Adam makan lah, suami tertidur lah. Tu yang lambat siap. Hehehehe.

So, inilah hasilnya..

Wallpaper bilik Adam

Wallpaper bilik Adam

Oleh sebab saya nak settlekan terus hias bilik Adam, lepas pasang wallpaper, saya suruh Suami drill dinding bilik pulak. Sebab nak gantung frame ABC dengan frame owl.

Frame ABC dan Frame owl

Frame ABC dan Frame owl

Frame ABC tu saya buat sendiri. Ada saya cerita kat sini. Frame owl tu pulak, beli kat Kaison.

Ni lah rupa bilik baru Adam. Alhamdullilah, ceria dah bilik Adam sekarang. Hehehe

Bilik baru Adam

Bilik baru Adam

Langsir monyet tu pun beli kat Kaison. Tapi kan, langsir monyet tu sebenarnya shower curtain. Masa beli tak perasan pun dia tuis shower curtain. Kat rumah baru perasan. Oleh sebab dah beli, gantung jer lah. Yang penting dia comel. Ada ku kisah langsir tu shower curtain. Wakakakakaka.

Bakul gambar pokok pun beli kat Kaison.. Hampir semua decoration bilik Adam ni beli kat Kaison jer. Cantik dan murah. Yang katun robot kat dinding tu, wall sticker untuk ukur tinggi. Yang tu saya beli kat Mr. D.I.Y.

Dah settle hias bilik, operasi seterusnya, nak bawak masuk barang-barang Adam pulak. Barang Adam ada yang kat stor, ada yang kat ruang tamu, ada yang kat dalam bilik saya. Now Adam dah ada bilik sendiri, letak jer semua dalam bilik dia. Nanti barang-barang baby pun letak dalam bilik Adam. Bilik Adam ni nanti jadi bilik baby jugak.

Suami pun kadang-kadang solat kat bilik ni, tu yang ada sejadah tergantung kat towel rack. Kalau ada tetamu datang, bilik ni jadi bilik untuk tetamu pulak. Kiranya bilik Adam ni, dah jadi bilik semua orang boleh guna. Hehehe.

Iklan:

Ingin kurus tanpa perlu berlapar atau telan ubat yang bukan-bukan?

Kini ada cara lebih mudah dan selamat. Klik Sini.