Petang Ahad ni saya sedang bersiaran langsung dari Jitra, umah mertua. Hehehe. Balik sini pagi Khamis, lepas Subuh. Sampai Jitra lebih kurang kul 2 petang. Lambat..sebab sempat singgah Alor Setar jumpa MIL kat opis dia amik kunci umah. Pastu gi makan tengah hari kat Alor Setar pulak. Lapar oii.. gerak dari KL mana ada sarapan. Makan donut jer dalam kereta. Hehehe. Esok, pagi Isnin lepas Subuh gerak balik KL . Petang esok En Suami kerja..Erm, macam lambat jer dia masuk opis esok. Lantak. Tataw.

Anyway, kalau kat KL, kitorang suka riadah kat Taman Tasik Botani, Putrajaya..tapi semalam kitorang beriadah petang kat Taman Tasik Darul Aman, Jitra. Memang ni lar port lepak sebelum pindah KL dulu. Tasik Darul Aman ni makin happening. Seronok jer jalan-jalan kat sini semalam. Dulu kat tasik ni setakat ada gerai-gerai makan. Pastu leh naik bot yang kayuh ngan kaki tu.. nak bot bentuk angsa pun ada. Tak nak kayuh guna kaki, leh berkayak guna tangan pulak. Pastu dulu leh sewa kereta golf cart tu pusing-pusing tasik.

But now, lebih meriah. Ada yang main layang-layang, of course, yang menjual layang-layang pun ada lar kan. Kalau nak main belon buih, alaaa belon buih yang besar tu..ada yang sewakan kayu buat buih belon tu. Nak sewa kereta kecik bagi anak main pun ada. Ada clown jugak. Leh bayar dia untuk buatkan belon. Pastu..ada car boot sale.Macam-macam diorang jual, mainan, kek, kain, baju, pokok bunga, telekung, tupperware pun ado. Sempat saya memborong 3 biji kek cheese leleh. Nyum nyum!

Macam biasa..waktu petang kat taman tasik, bukan setakat pengunjung ngan peniaga yang datang, pengantin pun ado… Ni kat mana-mana taman tasik memang ada lar kot. Pengantin buat outdoor shoot. Saya suka jer tengok  pengantin nih, tengok baju kawin diorang. Cantik!

Gambar kitorang kat Taman Tasik Darul Aman ni tak banyak, sebab kami laki bini sibuk kejar Adam. Adam, bila nmpak kawasan lapang cenggini, lagi ligat lar dia lari. Tu pun ada hati nak masuk tasik nak tengok ikan. Kat sini tebing tasik dia tak macam Taman Botani tebing dia tak landai, curam oii…..mana boleh pegang ikan. Tergolek kang.  Hehehehe.

Taman Tasik Darul Aman, Jitra

Riadah Petang Taman Tasik Darul Aman, Jitra