Assalamualaikum..

Korang kalau gi berjalan, bawak telekung tak? Ke korang guna jer telekung wakaf yang biasa disediakan kat surau/masjid ?

Saya jarang bawak telekung masa gi berjalan.. Sebabnya beg adalah penuh dengan dompet, hanpon, tab Adam, pampers anak(2-3 keping), baju spare anak,  wet tissue, baby oil, compact powder dan lip balm. Item ni semua memang wajib ada dalam beg.  Kadang-kadang, botol air Adam pun masuk dalam beg saya.  Celah mana lagi nak letak telekung? Huhuhu.

Jadi kalau pergi berjalan, time solat, biasanya memang saya guna telekung wakaf kat surau atau masjid. Masalahnya telekung wakaf ni, ada yang kurang bersih. Kadang-kadang telekung tak cukup.. jadi kena tunggu turn pulak nak guna telekung tu. Dengan ada anak kecik ni, memang stress kalau kena tunggu turn lama-lama. Tu belum kira time tunggu tu terkentut pulak. Dah kena amik wudu’ lagi sekali. Elok jer amik wudu lagi sekali, orang lain pulak dah guna telekung tuh.. huhuhuhu.

Oleh sebab itu lah, dari dulu lagi saya mencari telekung travel yang boleh dilipat kecik, muat masuk dalam beg saya yang penuh macam tin sardin tu. Ada banyak dah telekung travel saya, tapi belum ada yang memenuhi piawaian saya. Samada telekung tu nipis  dan jarang sangat (baik tak yah pakai!), atau bila dilipat jadi gemuk sampai tak leh nak zip beg.

Saya tak berputus asa..harus cari sampai dapat. Akhirnya..saya dah jumpa dah telekung travel yang saya suka. Tak jarang. Bila dilipat jadi kecik, muat masuk beg! Yeay!!

Inilah dia.. telekung travel Mini Pouch. Kenapa mini pouch? Sebab bila dilipat, boleh disimpan dalam pouch mini.

Telekung Travel

Telekung Travel Mini Pouch

Tapi, takder lah mini sangat. Saiz telekung travel mini pouch ni lebih kurang saiz tab Adam.

81344899-a152-495c-a5e4-c400655f574f

Saiz telekung compare dengan tab

Muat masukkan dalam beg sekali dengan harta karun yang lain. Bila beg dizip, takder lah kembung sangat beg tu.

Muat masuk dalam beg

Muat masuk dalam beg

Yang paling penting, telekung adalah tak jarang dan tidak terlalu nipis.

86b0571f-9665-4d18-9a31-7b7e5baf8266

Material telekung travel ni, bukan jenis licin macam baju hujan / parachute tu tau.. Material dia jenis mix cotton polyster.. Macam kain cotton tapi tak setebal cotton, pastu kain ni licin dan tak panas.

Telekung ni simple jer, ada sulam bunga sikit kat bahagian tepi telekung, pastu bahagian bawah telekung sulam lekuk-lekuk.  Gambar kat atas ni, saya pakai telekung jer. Kainnya ada..tapi masa amik gambar, tak pakai. Kain dia bergetah kat pinggang, ada sulam lekuk-lekuk kat bawah kain. Memang simple. Berpatutan lar dengan harga dia.. Harga termasuk postage tak sampai RM50 pun.

Compare dengan telekung travel saya yang lain, telekung travel mini pouch ni yang paling mudah dibawa dan tak jarang. InshaAllah lepas ni boleh bawak  telekung travel ni gi mana-mana.

Rasa macam nak jual pulak telekung ni.. Tapi seller yang jual tu kata slot borong dah penuh. Sobs!! Kena tunggu open slot lain. Nanti bila dah ada stok baru, inshaAllah nak jual lah telekung ni. Ada yang nak beli tak?

 

Nak kurus dengan mudah, selamat dan berkesan? Klik sini.