Assalamualaikum

Lama betul saya tak update blog. Ada banyak benda nak cerita sebenarnya, tapi tu lah.. tahap ‘kerajinan’ saya yang melampau sampai dah tak boleh ditolong-tolong lagi.. Habis terbiar jer blog ni. Haih… Tapi kali ni, saya nak update jugak blog. Sebab apa? Sebabnya saya teringin sangat nak bercuti ke Singapore. Dah lama tak kesana. Last saya pergi Singapore, masa saya darjah 2 kot? Lama kan? Ha ha ha ha (gelak sedih)

Kalau dari Jitra ni, better naik flight jer kalau nak ke Singapore. Jauh kot kalau nak drive.. Tiap kali drive balik Seri Kembangan pun anak-anak  dah buat perangai dalam kereta sebab kebosanan. Tak boleh nak bayang kalau kena drive sampai ke Singapore. Dengan penat drive berbelas-belas jam, ditambah pulak layan kerenah anak-anak, memang mimpi ngeri. Kalau kat Tambak Johor tu jem, lagilah menambah stress. Baiklah naik flight jer. Cepat sampai dan tak penat.

Kalau naik flight ni, memang lah kos dia mahal sikit. Kena pulak beli tiket untuk 4 orang kan. Sebab tu lah kena cari cheap flights to Singapore. Antara aplikasi yang boleh kita guna untuk cari tiket kapal terbang  murah ni, kita boleh guna Traveloka.  Nak cari hotel sekali pun boleh guna Traveloka ni.  Bukak website atau apps Traveloka, lepas tu pilih destinasi,  masukkan tarikh, bilangan penumpang, pastu klik search.

Masukkan info yang diperlukan

Senarai flight dan hotel hasil carian di Traveloka

Ha, lepas tu boleh la pilih flight dan hotel yang sesuai dengan bajet. Kan ke senang tu?

Kalau  nak book Singapore Airlines pun boleh guna Traveloka ni tau.  Kita tinggal pilih jer tiket kapal terbang ikut kesesuaian bajet kita. Dah tak payah susah-susah bukak website airline satu-satu semata-mata nak bandingkan harga. Kat traveloka ni, dia dah list dan compare harga siap-siap.

Kalau naik flight ke Singapore, kita akan turun kat Changi Airport. Changi Airport ni cantik sangat tau. Dia tak macam airport biasa. Ada banyak benda dan tempat menarik kat sana. Kat Airport Changi ni ada Arrival Garden, Butterfly Garden, Cactus Garden dan macam-macam lagi lah. Paling famous kat Changi Airport ni Jewel Changi Airport. Kat dalam Jewel ni pulak, ada lagi banyak tarikan menarik antaranya mirror maze, rain vortex, canopy park, canopy bridge dan banyak lagi lah . Punya la best airport ni , tu yang rasa memang nak naik flight jer ke Singapore. Indoor playground pun ada kat Changi Airport tu untuk kanak-kanak. Cinema pun ada tau. So, kalau filght delay pun takder masalah kan, sebab banyak benda boleh buat kat dalam airport tu.

Butterfly Garden. Changi Aiport

Cactus Garden, Changi Airport

Canopy Park, Jewel Changi Airport

Rain Vortex, Jewel Changi Airport

Mirror Maze, Jewel Changi Airport

Sumber image: changiairport.com

Tu baru airport Singapore. Belum jalan kat Singapore lagi.  Kat  Singapore tu nanti, kalau boleh saya nak pergi Sentosa Island. Nak bawak anak-anak main kat Universal Studio Singapore. Dari Adam tu kecik lagi, kami dah plan nak bawak dia kesana. Tapi bawak anak kecik ke USS ni, macam tak sesuai pulak sebab tak banyak benda dia boleh main. Tak cukup ketinggian. Huhuhuhu.  Ditambah pulak dengan Aiza yang penakut tu, lagi lah susah nak pujuk dia naik apa-apa games kat sana. Rugi la kalau dah masuk USS tapi tak main kan. Lagipun bukannya murah tiket USS tu. Jadi plan ke USS ni, kena KIV dulu.

Selain USS, kat Sentosa Island tu pun ada banyak lagi tempat menarik yang kita boleh pergi antaranya Adventure Cove Waterpark, Nestopia, SEA Aquarium, Dolphin Island dan banyak lagi lah. Pantai  pun cantik kat Sentosa Island tu. Semua tempat ni sesuai untuk family vacation. Mak bapak, anak-anak boleh sama-sama enjoy.

Universal Studio Singapore

Adventure Cove Waterpark

Sea Aquarium

Dolphin Island, Sentosa

sumber image: rwsentosa.com

Palawan Beach, Sentosa Island

Sumber image: sentosa.com.sg

Selain Sentosa Island, ada banyak lagi tempat menarik kat Singapore yang sesuai untuk bawak anak -anak. Antaranya Science Centre Singapore, Marina Bay, Garden by the Bay, Children’s Garden Water Play, River Safari, dan Singapore Zoo. Memang banyak sangatlah tempat best kat Singapore tu tau. Sebab tu la saya teringin sangat nak ke sana.  2-3 hari kat Singapore memang tak cukup kalau nak pergi semua tempat ni. Nanti bila nak pergi sana nanti,  kena plan balik tempat mana satu nak pergi.

Buat masa sekarang, kita survey tempat dan buat bajet jer lah dulu. Nak pergi berjalan, memang kena plan betul-betul. Barulah seronok dan berbaloi.  Bila dah cukup duit nanti, boleh terus book tiket kapal terbang dan book hotel guna Traveloka jer. Lepas tu terus fly ke sana.

Singapura, tunggu kami datang yer.