Assalamualaikum

Saya nak cerita tentang hotel yang kami duduk masa pergi Melaka minggu lepas. Hotel The Pines, Melaka.

Oleh sebab kami pergi Melaka hari bekerja, jadi kami dapat rate bilik yang murah sikit lah. Tu yang best kalau bercuti masa hari bekerja. Tempat tak crowded, rate bilik hotel pun murah sikit. Hehehe. Tak susah cari hotel ni sebabnya kami follow google maps jer. Hotel ni dekat tengah pekan. Pastu dekat jer dengan Bandar Hilir tu. Lebih kurang 5 minit jer hotel The Pines ni dengan bangunan Merah Stadhuys tu ha.

Kami book bilik hotel ni online jer.  Kalau nak cari hotel kat Melaka, boleh cari dekat HotelsCombined.my. Sebab kat website ni dia ada senaraikan hotel dan bilik beserta tawaran harga sekali, ikut tarikh yang kita pilih.

The Pines, Melaka

The Pines, Melaka

Parking hotel The Pines ni  banyak. Ruang parking kat dalam bangunan hotel ni jugak. Jadi sampai jer hotel, terus masuk parking dan lepas tu turun gi check in kat lobi.

Kaunter check in dan check out

Kaunter check in dan check out

Lobi Hotel The Pines

Lobi Hotel The Pines

Lobi Hotel The Pines

Lobi Hotel The Pines

kami book bilik Superior. Masa book tu kami pilih extra large bed. Bilik masuk bilik..Mak aih.. Luas gila!! So far, ni bilik hotel jenis superior yang paling luas  yang pernah kami duduk.   Kalau bilik suite memang kita boleh expect bilik tu luas. Tapi kalau bilik superior, bilik kat The Pines ni memang sangat-sangat luas! Tu baru superior room. kalau suite room mesti lagi luas.

view dr pintu

Superior room kami

 

Masing-masing excited dapat bilik besar

Masing-masing excited dapat bilik besar

 

extra large bed

Memang besar betul katil ni. Muat tidur 4 beranak

 

Kemain lagi Aiza bersantai kat sofa

Kemain lagi Aiza bersantai kat sofa bed ni

 

meja study dan bench

Ada bench dan meja study

Bilik ni siap ada pantry, sinki dan meja makan lagi. Senang saya nak sediakan bubur Aiza ngan basuh mangkuk bubur dia.

Pantry dan meja makan

Pantry dan meja makan

Bilik air pun selesa. Singki dia besar. Saya mandikan Aiza dalam singki bilik air tu jer.  Hehehe. Cuma satu jer yang tak best. Toilet dia takder hose.

Bilik air

Bilik air

TAK ADA HOSE AIR OII. Kalau nak istinjak, dia keluar air dari bawah pancut ke atas. Eii..leceh tau dak. Kalau terbukak paip tu kuat-kuat,  Dah macam kena sula ngan air jer. Sakit oiii..

Antara sebab utama kami pilih Hotel The Pines ni sebab hotel ni ada swimming pool. Waktu petang, kami bawak Adam ngan Aiza main playground ngan main air kat swimming pool hotel ni jer.

posing bertiga tepi pool

Sebelum kome terjun pool, meh amik gambar ngan mommy dulu

Swimming pool kat The Pines ni Salt Water Pool tau. Kolam air masin. elok untuk kulit dan stress reliever katanya.

Sebelum masuk pool, kena basahkan badan dulu

Sebelum masuk pool, kena basahkan badan dulu

Kat swimming pool ni En Suami jer lar yang terjun kolam dengan Adam dan Aiza. Sebab saya tak ada baju renang. Standard lar kan, masuk pool hotel kena pakai baju renang. Mana boleh pakai baju biasa. Maka ber huhu lah saya tepi kolam tu sambil celup-celup kaki.

swimming pol

3 beranak ni seronok la main air.

Pool dia ada yang dalam, ada yang cetek. Yang cetek tu untuk budak-budak lah. Dalam dia paras pinggang Adam jer pun.

Kat The Pines ni, ada bilik yang betul-betul mengadap pool tau. Kiranya keluar balkoni jer ko dah boleh terjun dalam air. Kami memang sengaja tak ambil bilik mengadap pool, nanti Adam tu kerjanya nak terjun kolam jer kang.

Bilik hotel mengadap pool

Bilik hotel yang mengadap pool

Esoknya sarapan, kami tak sarapan kat hotel ni. Sebabnya kami book bilik yang tanpa breakfast. Bilik yang sekali dengan breakfast tu rate dia mahal sikit. Jadi kami sarapan kat cafe depan hotel The Pines ni jer. Murah dan sedap.

Cafe depan hotel

Cafe depan hotel

Lepas sarapan, terus jer checkout sebab nak sambung berjalan pusing Melaka.

 

Pose wajib sebelum checkout hotel- wefie depan cermin

Pose wajib sebelum checkout hotel- wefie depan cermin

Overall saya memang puas hati dengan hotel ni. Bilik yang kami duduk ni, termasuk tax dan caj itu ini,  RM200 ++.  Harga standard lah untuk bilik hotel macam ni kan.  Berbaloi lah harga bilik dengan bilik dan fasilities hotel ni kan.  Highly recommended.