Assalamualaikum

Khamis minggu lepas, kami satu family ke Johor Bharu. Sajer gi jalan-jalan. Plan asal nak pergi hujung bulan ni, tapi rasa lambat nau.. Pastu somi kata, jom lah pergi terus , tak yah tunggu hujung bulan. Yeay, saya suka, saya suka!! Kitorang memang suka berjalan masa hari bekeja, sebab orang tak ramai, jalan pun tak sibuk. Tak serabut kepala. Hehehehe.

Thomas Town ni indoor theme park kat Puteri Harbor, Nusajaya, Johor Bharu. Taman tema ni bertemakan Kartun keretapi Thomas and Friend tu lar. Sebab dia indoor, kat dalam bangunan, jadi tak panas. Kalau hujan pun tak basah. Sesuai lar pegi tempat macam ni sebab bawak Aiza kan.

Malam sebelum bertolak tu, dah bagitahu Adam esok nak pergi Thomas.. Sudahnya, dari malam sampai esoknya, mulut Adam asyik sebut nak Thomas.. nak Thomas.. Dari Selangor ke Johor 4 jam.. sepanjang 4 jam tu lah dia berzikir nak Thomas,nak Thomas.. muka dah sedih sebab tak sampai-sampai. Stress Mommy tau!

Muka teruja nak gi jalan

Muka teruja nak gi jalan

Bertolak pukul 8 pagi, pukul 12 sampai lah Puteri Harbor tu. . Sampai jer sana.. gi makan dulu sebab lapor. Kami makan kat Kenny Rogers kat Puteri Harbor tu jugak. Adam masih dengan zikir nak Thomas dia.. makan pun tak nak. Huh!

Lepas makan, terus gi bawak Adam gi tengok Thomas dia tu lah.  Mula-mula haruslah beli tiket dulu.

Untuk Thomas Town, Harga tiket dia RM85 seorang.

Harga RM85 ni sama untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas hingga dewasa. Baby macam Aiza: FREE. Untuk warganegara, ada diskaun 20%, so harga tiket jadi RM68. Kitorang beli 3 tiket, total RM204.

Korang kalau nak beli tiket, better beli kat kaunter, leh tunjuk IC untuk claim diskaun. Sebab kalau beli online, tak boleh claim diskaun ni.

Kaunter Tiket

Kaunter Tiket

Dekat Puteri Harbor ni, selain Thomas Town, ada Hello Kitty Town. Dalam bangunan yang sama. Hello Kitty Town tu kat Tingkat 1, Thomas Town kat Tingkat 3. Harga tiket untuk Hello Kitty Town ni sama macam Thomas Town, RM85.  Tapi tiket untuk Hello Kitty Town ni, tak boleh pegi main kat Tingkat 2. Kalau beli tiket Thomas Town, boleh gi main kat Tingkat 2.  Kat tingkat 2, ada Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Bob the Builder Park.

Kitorang memang tak plan nak masuk Hello Kitty Town tu. So kitorang just beli tiket masuk Thomas Town jer lah.

Kalau korang plan nak masuk semua floor, harga pakej untuk pergi main kat semua floor RM125.00.   Jadi korang dapat main kat Hello Kitty Town (tingkat 1),  Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Bob the Builder Park (Tingkat 2) dengan Thomas Town (Tingkat 3) . Tunjuk IC kat kaunter masa nak beli tiket, dapat lar 20% diskaun. Untuk info lain dan detail harga, boleh visit website Puteri Harbor.

Lepas beli tiket, kitorang terus naik tingkat 3, nak main kat Thomas Town dulu. Oleh sebab kami pergi hari bekerja, so, memang sangat-sangat lapang. Tak ada orang. Tak yah beratur, leh terus main jer game yang ada. Hehehehe.

Kosong, tak ramai orang

Kosong, tak ramai orang

Masuk jer dalam park, terus ada mamat besau ni sambut kitorang. Ntah apa nama  maskot nih. tapi memang dia ada lar dalam kartun Thomas tu. Hehe.

Ewah, siap pegang tangan

Ewah, siap pegang tangan

Dalam theme park Thomas Town ni, ada 7 permainan. Adam naik permainan tu semua ngan En Suami.. Saya tak naik pun sebab jaga Aiza.

1776482c-0981-45be-9aad-89d901465d3b

Windmill Station

20160116162143

Harold’s Helitours Ride

20160116162144

Knapford Station Thomas Train Ride

20160116162149

Bertie The Bus

Colin Crane Drop Ride

Colin Crane Drop Ride

Ada lagi satu permainan yang Adam main; Sodor Playground. Sodor Playground ni lebih kurang macam playground kat My Kingdom tu ha..  Ada gelongsor, terowong, panjat sana sini.. En suami yang gi teman Adam main dalam tu..  pastu dia sibuk kejar Adam,  jadi tak sempat nak amik gambar. Saya.. macam biasa, jadi baby sitter dok meneman anak dara tidur dalam stroller kat luar.

Baby Sitter

Baby Sitter

Ada satu permainan Adam tak leh naik, Bumping Buffers Steamies & Diesels Ride atau nama mudah dia bumper car sebab Adam tak cukup tinggi. Minimum ketinggian nak main benda ni 110cm. Tinggi Adam tak sampai 100cm pun lagi.. Kesian, kemain sedih Adam tak dapat main.

Kita tengok jer lah bumper car ni

Kita tengok jer lah bumper car ni

Kat sini ada cafe jugak. Jadi kalau rasa lapar ke dahaga, boleh lar makan minum kat sini. Kitorang kan dah makan dulu sebelum masuk Thomas Town ni, jadi kitorang tengok jer lah cafe tu.. Hehehe.

6b8d488a-d3e8-4b30-892e-adf6dea73263

Cafe dalam Thomas Town

Thomas Town ni takderlah besar mana pun. Game dia pun sikit. Tapi boleh jer kalau nak naik 2,3 kali game tu semua.. Suami suruh saya naik game-game tu..tapi saya tak nak. Malas. Hehehe.

Thomas Town

Thomas Town Overview

Lepas Adam dah main game-game yang ada kat Thomas Town, kitorang gi turun tingkat 2 pulak. Tapi, tak banyak sangat game kat Tingkat 2 tu.. Masa turun kat Tingkat 2 tu, ada Show Bob The Builder. Adam tak suka sangat kartun Bob tu jadi dia tak nak tengok pun show tu.

Bob the Builder Show

Bob the Builder Show

Kat tingkat 2 ni, cuma ada rumah Barney, playground Tema Bob the Builder, pastu ada game arcade dalam igloo Pingu.

6cc1abb8-a446-4078-abc2-640a42ada9e3

Playground Bob The Builder

ed84b9b9-3a8a-4db7-812e-379b9458caaf

Game arcade dalam Igloo Pingu

Sebelum keluar, bergambar kenangan satu family depan playground Barney.

9274cfb9-7b13-4a45-b5be-0770dc6cae62

Kenangan di Puteri Harbor Indoor Theme Park

Kat pintu keluar theme park ni, ada souvenir shop. Macam-macam mainan ada kat situ.. Harga dia..mak aih.. mahal!! Tanjat tengok rega mainan dalam tu tau.

Muka terkujat tengok harga blok mainan

Muka terkujat tengok harga blok mainan

Tu, mainan yang saya pegang tu, blok-blok kayu jer. Harga dia Rm159 rasanya. Ha.. terkejut tak?? Oleh sebab mahal sangat harga mainan dalam tu, jadi kita belek-belek, pastu keluar jer lah. Hehehe

Masuk ThemePark ni pukul 12.30. Pukul 2.30 kitorang dah keluar. 2 jam jer dalam tu. En Suami dah penat mengejar Adam, dia ajak gi check in hotel. Nak rehat. Kitorang check in Pariss Hotel. Hotel ni kat Skudai, 15 minit jer dari Puteri Harbor.

Next entry saya akan review pasal Pariss Hotel pulak.

Iklan

Bee-Liv Bee Venom Beauty Bar dari Secretleaf adalah pencuci muka yang menggunakan bahan mewah berkualiti tinggi khas untuk wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit wajah

poster

Untuk pembelian, sms/whatsapp:

012.692.2025

012.692.2025

012.692.2025

NO PHONE CALL PLSS

Untuk info lain tentang sabun Bee Liv Bee Venom Secretleaf, klik sini