Assalamualaikum

Hari ni misi mencari decoration untuk bilik Adam. Dah lama plan nak beli wallpaper untuk bilik Adam. Sebelum ni cari wallpaper kat Kaison KL Festival City, wallpapper yang ada tinggal sikit jer.. Design yang ada time tu, alahai…tak berkenan kitorang laki bini tengok. So bila Kaison update kat fb, ada new outlet kat Sunway Putra.. laju-laju saya ajak somi pergi. Mesti stok wallpaper kat situ banyak lagi. Dah kata baru bukak kan..

Sunway Putra ni, bukan kat Bandar Sunway tau. Sunway Putra ni kat KL. Kat depan PWTC tu haa. Dulu nama dia The Mall.. Now under new management, terus tukar nama. Tak silap saya, zaman saya sekolah rendah dulu, nama mall ni Yaohan (betul ke eja macam ni?).

Anyway, kami gerak pegi Sunway Putra ni lepas solat Jumaat, sampai sana pukul 3 lebih. Terus terjah Kaison kat Tingkat 3.

Kaison Sunway Putra

Kaison Sunway Putra

Mana-mana entrance Kaison, memang gini kan rupa dia. Hehehe.

Dah masuk Kaison, terus pergi bahagian wallpaper. Fuh.. kemain banyak pilihan wallpaper dia. Penuh semua rak. Dah banyak sangat choice, masalah tak tahu nak pilih yang mana satu pulak

Tataw nak pilih wallpaper

Tataw nak pilih wallpaper

Pilih punya pilih, dah amik letak balik.. akhirnya kitorang pilih design simple jer.  Corak minimal. Tak nak nampak serabut, pastu nak bagi sama dengan tone dinding bilik Adam. Amik 3 roll jer. Ntah lah cukup ke tak. Sebab saya lupa nak ukur luas dinding. Hampeh jer kan. Excited nak beli wallpaper, tapi tak ukur luas dinding bilik. . Kalau tak cukup, tampal jer lah separuh dinding. Tapi rasanya cukup, sebab bilik Adam kecik jer. Lagipun memang plan nak tampal separuh bilik jer.  Hehehe.

Anyway, murah jer wallpaper kat Kaison ni, satu roll RM19.90. Total untuk 3 roll = RM59.70. Murah sangat lah kalau compare dengan wallpaper kat kedai lain kan. Lagipun, wallpaper ni dah siap gam dah, macam kertas sticker tu so boleh terus tampal kat dinding. Tak perlu nak bancuh-bancuh gam.

TAPI.. kat Kaison ni ada dua jenis wallpaper tau. Yang murah RM19.90 tu, memang dah siap bergam, tapi yang mahal sikit RM56.90, tak ada gam. Maknanya, korang kena bancuh gam tu dulu, letak kat wallpaper, baru tampal kat dinding. Leceh sikit lah.

Mesti korang pelik, apsal yang kena letak gam sendiri lagi mahal? Kualiti wallpaper yang mahal tu lagi better dari yang murah. Kertas dia lagi tebal. Pastu saiz dia besar sikit dari yang murah. Corak dia pun nampak eksklusif. saya amik yang RM19.90 tu sebab dia murah,  senang nak pasang pastu.. rumah ni rumah sewa jer, rumah orang. Tak yah lar beli wallpaper mahal-mahal nih. Hehehe.

Lepas pilih wallpaper, cari item lain pulak untuk decorate bilik Adam. Langsir untuk bilik budak-budak pun murah kat sini. RM18.90.  So amik sehelai. Pastu tengok laundry basket dia, alahai..comel betul. Ambik sebiji. Bakul baju Adam pun dah pecah, alang-alang beli jer lah bakul laundry baru kat sini. Hehehe

Masuk Kaison ni kan..memang rambang mata betul. Ikutkan nafsu tadi, memang nak beli macam-macam. Tapi ku tahan jer nafsu.. sabar zila..sabar. New baby on the way nih, barang baby belum beli lagi ni. Langsung belum beli apa-apa lagi. Belum ada mood nak shopping barang baby. Huhuhu.

Anyway, gambar bawah ni, antara item yang dijual kat Kaison..

Pelbagai pilihan frame

Pelbagai pilihan frame

Saya berkenan betul dengan bantal Mrs Always Right tu

Saya berkenan betul dengan bantal Mrs Always Right tu

IMG_20150529_154847

Seb baik rumah dah ada bunga, kalau tak ku rembat satu

Ada banyak lagi sebenarnya barang kat Kaison ni, tapi tak snap semua sebab saya sibuk belek barang, suami pulak sibuk kejar Adam. Adam pun kemain galak pilih barang kat sini. Ada jer benda yang dia masukkan dalam bakul. Bila dia toleh tempat lain, laju-laju saya atau En Suami pulangkan balik.

My Personal Shopper, Adam

My Personal Shopper, Adam

Kitorang ingat, semua barang yang Adam ambil, kitorang dah letak balik kat rak.  Masa bayar baru perasan, ada seketul patung sotong terselit. Ntah bila masa Adam masukkan dalam bakul, tahu-tahu dah terselit celah-celah barang lain. Cashier pun dah scan sotong tuh. Bayar jer lah. Seb baik RM4.50 jer. Kalau Rm45.00, memang ku cancel.

Kat Kaison ni, kitorang beli barang deko bilik Adam jer. Tak beli barang lain pun.

Muka bahagia dapat shopping kat Kaison

Muka bahagia dapat shopping kat Kaison

Selain Kaison, kat Sunway Putra ni ada jugak Mr D.I.Y dengan Daiso tau. Dua-dua tempat ni pun saya suka sangat pergi. Oleh sebab dah shopping kat Kaison, jadi saya menahan diri tak mo masuk Mr. D.I.Y dengan Daiso. Kalau tak, konpom ada jer barang nak dibeli kat kedai-kedai tu. Ohhh..cannot, cannot..

Lepas shopping kat Kaison, pusing-pusing mall pulak. Sajer cuci mata tengok rupa mall baru. Oleh sebab mall baru, jadi staff mall kat sini bagi belon kat budak-budak. Bapak budak pun dapat. Hehehe

Dapat belon sorang satu

Dapat belon sorang satu

Keluar masuk kedai, tak sangka jumpa mainan Angry Bird. Susah tau cari mainan Angry Bird sekarang ni. Kalau dulu, bersepah-sepah kan.. sekarang memang susah nak jumpa. Kalau jumpa jer, memang kitorang beli sebab Adam suka sangat dengan Angry Bird nih.Tapi beli yang murah-murah lar.. kalau mahal, memang tak dapat. Hehehe.

Adam bahagia dapat pau Angry Bird kat Kedai Mainan

Adam bahagia dapat pau Angry Bird kat Kedai Mainan

Next thing to do, nak start deko bilik Adam pulak. Barang dah ada, tak sabar nak start pasang. Hehehe.

Hasil shopping kat Kaison

Hasil shopping kat Kaison

 

Iklan

Dapatkan Ephyra dengan harga lebih murah di sini.