Assalamualaikum

Tahu tak, ada waterpark di Jitra tau sekarang nih.. nama waterpark tu Fantasia Aquapark. Waterpark ni terletak di Tasik Darulaman, Jitra.

Fanatasia Aquapark ni dah bukak penghujung tahun lepas lagi. Adam pun dah lama berzikir nak main pool, nak main pool.. jadi kami pun bawaklah Adam ngan Aiza pergi waterpark tu. Kami pergi hari Isnin, hari bekerja sebab time weekday orang tak ramai. Selesa sikitlah nak main air kan. Jadi ponteng lah Adam tu sehari tak pergi tadika. Dari rumah lagi budak-budak tu saya dah pakaikan swimsuit siap-siap.

 

Excited dapat pergi main air

Excited dapat pergi main air

Kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Belum ada pengunjung pun. Kami orang pertama untuk hari tu. Hahahahaha.

Hari Isnin – Khamis, waterpark ni dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Hari Jumaat – Ahad dari pukul 10 pagi – 9 malam.

Waktu Operasi Fantasia Aquapark

Waktu Operasi Fantasia Aquapark

Harga tiket pun murah ja. Dewasa RM18, kanak-kanak RM15. Nanti kita akan dapat tag untuk pakai kat pergelangan tangan. Tag kanak-kanak dia tulis Junior Kid, orang dewasa dia tulis Big Kid. Hahahaha. Sabar jer lah aku.

Tag masuk waterpark

Tag masuk waterpark

Sebelum masuk air, kami sewa locker dan pelampung dulu.  Kat sana kita boleh sewa loker untuk simpan beg atau barang berharga. Yer lah,..dah seronok main air, kadang kita lupa nak tengok barang-barang kan.. jadi better simpan dalam loker jer. Caj untuk sewa 1 locker Rm10 sahaja. Kadar caj untuk sewa pelampung, boleh refer kat gambar bawah ni.

Kadar caj sewa locker dan pelampung

Kadar caj sewa locker dan pelampung

kemain besar ha pelampung

kemain besar ha pelampung

Dah settle simpan barang, buang air kecil kat  toilet semua, bawak lah budak-budak tu masuk dalam air. Kami masuk Lazy River dulu. Dah meraung Adam ngan Aiza tu ketakutan, sebabnya Lazy River tu agak dalam lah. tapi tak dalam mana lar, paras dagu Adam tu jer pun.. Tapi budak-budak tu memang sejenis takut air, kalau pergi pantai pun masing-masing memang tak nak masuk dalam air. Haih… Kat dalam Lazy River tu,   Aiza tu saya dukung, Adam tu duduk atas pelampung.. tapi tetap lah budak berdua tu meraung ketakutan jerit-jerit siap ajak balik! Grrrrr

Ni lah dia rupa Lazy River tu.. terusan air yang mengelilingi waterpark tu. Kejap jer pun kami masuk dalam ni, sebab budak-budak tu dah meraung macam kena dera jer.

lazy river

Lazy River

lazy river 3

Lazy River

lazy river 2

Sampai kat area untuk budak-budak main, barulah Adam tu ok main air. Tapi Aiza langsung tak nak main. Nangis jer kat waterpark tu..mintak dukung. Sudahnya, saya dan en suami ganti-ganti teman Adam main air dengan jaga Aiza kat tempat redup. Haih…

Daddy teman Adam main air

Daddy teman Adam main air

Mommy layan Aiza yang asyik nak berdukung jer

Mommy layan Aiza yang asyik nak berdukung jer

Fantasia Aquapark ni, memang mesra kanak-kanak. Kebanyakannya memang untuk kanak-kanak. Anak-anak memang seronok la kalau kat  sini. Waterpark ni tak lah besar sangat, tapi boleh lah untuk bawak anak-anak main air.

Mak bapak pun boleh tumpang main air sekali.

kids area2 kids area1

Best oii kena siram ngan air ni

Best oii kena siram ngan air ni

Daddy kena siram air sebaldi

Daddy kena siram air sebaldi

Punyala banyak slide untuk budak-budak, tapi pistol air jer yang Adam tu asyik nak main

Adam main pistol air

Adam main pistol air

Ada dua jer slide untuk dewasa. Tak extreme mana pun slide dia..Okla untuk saya yang penakut ni main slide macam tuh. hehehehe.

Slide untuk dewasa

Slide untuk dewasa

Kalau nak berendam, boleh berendam kat main pool.

Main pool

Main pool

Makan /minuman luar tak boleh dibawa masuk tau. Kalau lapar, boleh makan kat cafe. Ada disediakan cafe kat dalam waterpark ni. Ada cafe yang tingkat bawah, ada cafe tingkat atas. Kami pergi yang tingkat bawah jer lah.

Cafe 1

Cafe 1

Cafe tingkat bawah

Cafe tingkat bawah

Cafe ni kat bangunan ni kat tingkat atas

Cafe ni kat bangunan ni kat tingkat atas

Adam tu kata sejuk main air, tapi nak makan eskrem

Adam tu kata sejuk main air, tapi nak makan eskrem

Lepas 2 jam kat sana, barulah Aiza tu ok nak main air. Haih… dah seronok main air, dah tak nak balik pulak. Kalau tanya Adam, memang manjang jer dia tu tak nak balik. Orang lain yang datang lepas  kitorang pun ramai yang dah balik, kami jer tak balik- balik. hahaha. Padahal masing-masing dah sunburn dah. Cukup-cukup lah nak, jom lah kita balik sebelum kita rentung kat sana.

Main tepuk-tepuk air

Main tepuk-tepuk air

Main siram air pulak

Main siram air pulak

Ni video kami berendam kat Main Pool. Tapi kat bahagian yang cetek lah. Kalau yang belah hujung-hujung tu dalam jugak rasanya.

Dalam pukul 2 lebih, kami pun pulang.. On the way back Adam tu siap kata esok nak pergi lagi. Ewah.. tak koser mak pak ko nak layan.

Kalau korang dari Alor Setar,  waterpark ni kat sebelah kanan highway selepas tol Jitra. Tapi kalau nak pergi waterpark ni, kena masuk sebelum tol tu lagi. Susur kat exit Bandar DarulAman, pastu ambil kanan.

Boleh refer map bawah ni kalau nak pergi waterpark Fantasia Aquapark ni.