Ini bukan iklan Weight Gain -produk tambah berat badan jenama Appeton tu yer. Bukan.

Ni saya nak ceghita pasal saya yg gaining weight secara tidak beragak-agak time mengandung nih. Masa memula saya mengandung, berat saya adalah dibawah paras normal. Nak bagi senang sebut: Underweight. So dapatlah saya sticker kaler hijau kat buku pink saya. And kat bawah sticker hijau tu tulis, weight less than 45kg. Tsk!

Gambar diatas bukan gambar saya. Ni gambar hasil carian google.

First time checkup, time tu 8 week pregnant, nurse kt KK kata, berat ni underweight nih. Tapi takper..tak ketara sangat.  Then dia pun pesan, 5 bulan pertama kehamilan ni, make sure berat badan naik 500gm jer sebulan. Nak bagi senang paham: 500gm/month.  Saya pun kata, yer, baiklah. Dalam hati tak risau apa-apa sebab sebelum ni memang payah nak naik berat badan pun. Rilex jer lar time keluar KK tu kan.

So, next checkup: 12th week pregnant. Timbang berat, cukup2 jer naik 500gm. Huih..vangga tau, vangga sebab berat naik ikut jadual. Nurse pun kata, ok..good. Jumpa doktor pun, doktor scan baby, she said baby is active, dok pusing-pusing dalam tu and heartbeat baby pun lancar.Good.

During 3rd checkup:16th week pregnant. Timbang berat, amik ko..naik 2.3kg dalam masa sebulan!!  2.3kg! Patutnya 500g jer kan. Tp sy extra 1.8kg disitu… Aiyoyo!! maka bermulalah episod saya dibebel olleh nurse kat KK. Padan muka aku kan. Ha…over konfiden sangat konon2 berat susah nak naik kan. Sekarang, rasakan. Lama jugakla saya kena bebel ngan nurse. Dah tu memang kerja dia kan, untuk kebaikan saya jugak. So, tadah jer lar telinga ni. Penjagaan berat badan penting untuk prevent diabetes and also sawan mengandung. Apakah simptom-simptom sawan mengandung?

  • sakit kepala di bahagian hadapan dahi [oo..patutla selalu sakit kepala kt situ, huhuhu]
  • pandangan berpinar/kabur
  • loya dan muntah
  • Sakit ulu hati

Sawan mengandung ni, kalau dah teruk sangat, boleh mengakibatkan keguguran and even worst, boleh mengakibatkan kematian pada ibu juga. Dia pesan, lepas ni, every week kena  timbang berat and amik BP. Tp saya ingat tu compulsory jer, so saya tak pegi la. [alasan orang malas]

So, when I went to my 4th checkup: 20th week pregnant, berat badan saya bertambah lagi. Naik 1.7kg. Eii!! Geram! padahal saya dah jaga makan dah..this time, kena bebel-bebel lagi ngan nurse. Tp kurang sikit sebab nurse tu kata berat naik tak banyak macam sebelum ni.

Then, nurse tanya: Ada minum susu tak? 

Saya: Ada, susu Anmum.

Then, nurse tu kata: Oo..patutla. Memang selalu jumpa ibu-ibu yg minum Anmum ni berat badan akan naik mendadak. Takper, habiskan jer stok susu Anmum yang ada, lepas ni tak yah minum Anmum lg. Minum susu tepung biasa pun ok. Susu marigold HL pun boleh.

Saya: Yer, baiklah. (bagus gak tak yah minum Anmum, mahal woo. )

Ni semua Anmum punyer pasal. Tak pasal-pasal aku gemuk.Huh!!  Tapi, ni tak bermakna, ibu-ibu lain kalau minum Anmum akan gemuk jugak..ikut keserasian badan masing-masing ngan susu tu lar yer.

Nurse tu tanya lagi,  naper sebelum ni tak timbang berat & check BP every week? Saya sengih-sengih macam kerang busuk jer kat situ. So, nurse tu tulis dalam buku pink tu siap-siap, sekian-sekian tarikh yg sy kena datang KK untuk timbang berat and check BP. And dia kata tak leh skip lagi. Kena datang jugak.  Sebab nak monitor berat badan ngan BP. Nurse tu kata lagi, lepas ni kandungan akan masuk 24 minggu atau kata lain, 6 bulan. So, pertambahan berat badan bukan lagi 500gm, tp 2kg sebulan. Make sure tak lebih dr 2kg sebulan. Yer baiklah.

Lepas tu, jumpa doktor, dia cakap benda yang sama jugak. Dia pesan, make sure datang klinik tiap minggu untuk timbang berat. Yer, baik doktor. After that, tiap-tiap minngu sy menjadi pelawat setia KK – timbang berat ngan check BP. Nurse yg check kata, ok..so far..so good.

Last 2 weeks was  my 5th checkup: 24th week pregnant.  Berat badan saya naik 2.7kg. Maknanya extra 700gm disitu. Haiyaaa…kena lagi ngan nurse. Walaupun extra 700gm jer..totap kena sound sedas dua. Bukan apa, dia risau kan kita..kang kalau sakit, kita jugak yang rasa kan…huhu. So far..selama 6 bulan saya mengandung, total weight gain saya adalah 7.2kg. Sepatutnya naik 4kg jer. So maknanya, saya dah terlebih berat 3.2kg. Huhuhuhu.

Hai lar badan..kenapa lar kau berat. Baby tak besar pun…bila scan..berat baby normal. So, 3.2kg tu adalah apa?? Itu adalah lemak ibu yer..bukan lemak baby.. huhuhu. Eh! tapi saya makan sikit jer..corak pemakanan sama jer macam zaman belum mengandung dulu. Datang dari mana pulak lemak-lemak jahat nih. Serius, saya makan tak banyak. Konpius..konpius.. En. Suami pun pelik…

Time checkup kali ni..doktor kata naik sikit jer, so tak yah datang KK every week lg. yeay!!!! Tapi..perlu monitor berat badan. Jangan naik banyak lagi. Yes madam!!

Hati debar2 pulak nak pegi next checkup.. Naik banyak lg ke?? Tak mo..tak mo..nanti kena minum air gula..Nurse dah warning hari tu..huhuhu.

Sebagai rujukan: Jadual pertambahan berat badan ibu sihat [amik kat bahagian belakang buku pink]:

  • bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama – 0.5kg/sebulan
  • bagi jangka masa kandungan seterusnya – 0.5kg/seminggu atau 2kg/sebulan.