Assalamualaikum

Kat Changloon, ada satu tempat menarik yang korang boleh pergi tau. Nama tempat tu MnM Home Whimsical Houses.   Kat sini ada rumah atas pokok, rumah senget, rumah terbalik dan rumah hobbit. Kalau korang berjalan ke sampai ke Changloon, bolehlah singgah tempat ni.

Tempat ni agak tersorok. Jadi korang kena guna Google Maps atau Waze. Kami pergi hari tu guna Google Maps. Kalau follow maps tu, inshaAllah sampai. Kami gerak dari Jitra dalam pukul 3, pukul 3.30 sampai dah.  Dekat jer Jitra ngan Changloon tu. Heheheh

Sampai sana, mula-mula beli tiket dulu lar kan. Masa kami pergi tu, harga tiket dewasa RM25.00. Kanak-kanak RM13.00. Tapi ni harga promosi raya. Kalau hari biasa, saya tak sure pulak berapa. Walaupun harga promosi raya, tapi bagi saya agak mahal. Oleh sebab kami dah sampai sana, dah janji ngan anak-anak nak pergi jalan-jalan, maka kami pun bayar jer lah.

kaunter pintu masuk

Masuk jer dalam tu, terus nampak  rumah senget. Tapi tak terus masuk sebab anak-anak nampak playground.   Teruslah menuju ke playground dulu. Kat sini bukan rumah jer senget, playground pun senget. Hehehe. Oleh sebab senget, Adam tu takut nak main. Jadi kita bergambar gambar jer lah.

Playground senget

Playground senget

Budak-budak tu takut nak naik, jadi duduk dalam tu jer lah

Budak-budak tu takut nak naik, jadi duduk dalam tu jer lah

Lepas tu baru masuk rumah senget. Oleh sebab rumah ni senget, jadi bila masuk rumah tu, rasa pening lah sikit. Hehehehe

Rumah senget

Rumah senget

Pintu pun senget

Pintu pun senget

Cafe dalam tu pun senget

Cafe dalam tu pun senget

Lepas masuk rumah senget, kami masuk rumah terbalik pulak. Adam tu dah confuse, kenapa semuanya terbalik. TV pun terbalik. Tapi gigih jugak dia nak tengok TV. Tu yang jadi menonggeng sebab nak tengok TV. Bila bergambar kat sini, memasing dah jadi macam entiti pulak, tergantung kat syiling. Hahahhaha

Rumah terbalik

Rumah terbalik

Tengok Tv terpaksa lah menonggeng macam spiderman

Tengok Tv terpaksa lah menonggeng macam spiderman

Tumpang betulkan tudung yerrr

Tumpang betulkan tudung yerrr

Seronok pulak tergantung gini

Seronok pulak tergantung gini

Tak puas bercermin kat bilik tidur, sambung bercermin kat bilik air pulak

Tak puas bercermin kat bilik tidur, sambung bercermin kat bilik air pulak

Bukan rumah jer terbalik, kereta pun terbalik jugak

Bukan rumah jer terbalik, kereta pun terbalik jugak

Lepas dah bergambar kat rumah terbalik, kami masuk rumah hobbit pulak. Hobbit ni watak dalam cerita Lord Of The Rings. Saiz Hobbit ni kecik dari saiz manusia biasa, jadi saiz rumah dia pun kecik jugak lah. Bila masuk rumah Hobbit, rasa macam comelnya la sangat rumah Hobbit nih. Macam best jer kalau dapat hias bilik Adam macam rumah Hobbit nih. Comel-comel!

Rumah Hobbit

Rumah Hobbit

Comel jer pintu masuk rumah Hobbit

Comel jer pintu masuk rumah Hobbit

Dalam rumah hobbit

Dalam rumah hobbit

Rumah atas pokok pun ada kat sini.. Tapi tak naik sebab Adam tu takut nak naik. Sabar jer lah.

Tree House. Rumah atas pokok

Tree House. Rumah atas pokok

Selain rumah rumah pelik, kat sini ada  mini petting zoo kat sini. Tapi haiwan tak banyak mana lah. Ada arnab (tapi menyorok dalam, lubang dan tak boleh dipegang), ayam, ayam belanda, itik, angsa, kambing dan rusa.

Rusa

Rusa

kambing

kambing

Itik dan angsa

Itik dan angsa

Rumah kucing pun ada kat sini. Yang mana suka kucing, boleh lah main kucing. Yang banyak dalam tu kucing Bengal

Rumah Kucing

Rumah Kucing

Kucing kucing ni kemain tak keruan bila nampak pintu terbukak

Kucing kucing ni kemain tak keruan bila nampak pintu terbukak

Tak lama mana pun kami kat sini sebab kawasan ni pun tak luas sangat. Tapi bolehlah..untuk hilangkan bosan duduk kat rumah jer kan.