Assalamualaikum

Post ni cerita detail kami pergi Zoo Melaka hari Rabu lepas. Luas jugak Zoo Melaka ni. Macam-macam haiwan ada kat sini. Kami refer map yang ada kat Zoo tu, nak tahu haiwan-haiwan tu kat mana. Nak jimat masa kekdahnya. Hehehe.

Peta Zoo Melaka

Peta Zoo Melaka

Walaupun Zoo ni luas dan banyak sangat haiwan, tapi tak semua haiwan kami tengok. Antara haiwan yang sempat kami tengok:

gajah

Nun jauh kat belakang tu ada gajah

harimau

Harimau kepanasan. Berteduh bawah atap

 

kakak tua

Burung kakak tua ni, kaki tak berikat, tapi elok jer tak terbang

 

tenuk

Tenuk ni busuk ya ampuunnn

 

Zirafah ni bintik dia kaler coklat gelap pulak

Zirafah ni bintik dia kaler coklat gelap pulak

 

Jaguar bergurau senda

Jaguar bergurau senda

Masa kat Zoo ni, Adam moody sebab tak ada dragon. Ada pulak sampai jer zoo dia kata dia nak tengok dragon. Bila kata tak ada dragon, dia suruh cari jugak. Pastu terus moody bila bagitahu kat zoo tak ada dragon. Dia tak nak jalan, nak duduk jer dalam stroller. Pastu asyik kata Adam penat lah.. Adam panas lah.  Macam-macam lah yang dia rengekkan..

adam dalam stroller

Tengoklah tu, punya dia malas berjalan, dia duduk dalam stroller Aiza

Memang dari dulu Adam tak suka pergi Zoo pun. Dia tak berapa minat ngan haiwan-haiwan tu semua.. Tapi sajer lar singgah zoo hari tu nak bawak Aiza kan.. Aiza seronok jer tengok haiwan dalam zoo tu. Sungguh-sungguh dia tunjuk sana-sini. Seronok betul Aiza.

Masuk Zoo Melaka pukul 11 pagi, dalam pukul 1 petang, kami dah keluar Zoo Melaka tu. Sebabnya saya dah kepenatan gendong Aiza. Pastu kesian kat Aiza kepanasan. Dengan Adam yang buat perangai sebab tak ada dragon, baik lah keluar jer cari makan. Dalam Zoo Melaka tu sebenarnya ada jer cafe-cafe, cuma kami nak cari tempat makan kat luar, yang ada aircond..sebab kepanasan. Hehehe

Kalau ada yang nak bawak anak-anak tengok haiwan, boleh la pegi Zoo Melaka ni. Murah sikit dari Zoo Negara tu kan.. Ni harga tiket Zoo Melaka.

Harga Tiket Zoo Melaka

Harga Tiket Zoo Melaka

Zoo Melaka ni ada night safari jugak. Harga tiket sama jer. Kalau tak nak berpanas waktu siang, boleh pergi waktu malam. Tapinya kena jaga-jaga dengan nyamuk lah. Sebab waktu kami pergi waktu siang pun ada banyak nyamuk. Huhuhu.

Kalau risau anak- anak penat jalan kat Zoo Melaka ni, boleh la sewa buggy.  Anak boleh duduk dalam tu, pastu kita tolak lah pusing-pusing zoo. Yang boleh disewa buggy kanak-kanak tu jer. Buggy besar tu tak boleh sewa. heheheh.

Sewa buggy kanak-kanak

Sewa buggy kanak-kanak

Ada jugak game arcade kat dalam Zoo Melaka ni. Tak ambil gambar sebab kami jalan laju-laju masa tu. Sebab tak nak Adam menyinggah. Tu pun dia dah bising kata nak main game..nak main game. Malas nak layan. Ajak tengok haiwan kata penatlah, panaslah. Bila nampak game, eh elok pulak tak penat, tak panas kan.. Huh!

Overall seronok jugak gi Zoo Melaka ni. Banyak pokok-pokok, jadi ada banyak tempat teduh. Haiwan pun banyak. Kalau anak-anak jenis suka tengok haiwan, memang best lah bawak gi Zoo Melaka ni.